
- Kabinet berlaci
Hubungi Tel: +603-6057 1884 Fax: +60570305 Email: perabot@saidina.com.my
Kami berhasrat secara berterusan untuk mewujudkan diri sebagai pembekal yang diiktiraf dan berkeupayaan untuk membekalkan produk-produk yang dihasilkan mengikut standard kualiti tertinggi dan ketepatan, dengan kawalan kualiti yang rapi untuk memastikan secara berterusan kualiti produk yang kami bekalkan adalah memenuhi piawai masa kini dan mematuhi keperluan kualiti semua pelanggan.
Kami sentiasa melakukan penyelidikan dari segi kualiti produk, harga, perkhidmatan pelanggan, pemasaran dan yang paling penting kepuasan pelanggan. Setiap aspek akan diambil kira untuk mengukuhkan pasukan, produk dan perkhidmatan. Kami berusaha keras dalam mendapatkan lebih banyak peluang perniagaan untuk memperluaskan kawalan pasaran dengan menyampaikan nilai yang lebih baik kepada semua pelanggan sebagai hak mutlak mereka bagi mendapatkan yang terbaik daripada kami. Sebagai pelopor utama dalam industri pembekalan kanopi dan perabot, kami akan memastikan perkhidmatan kami bertaraf dunia dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang berterusan dan pengoptimuman jumlah kos yang menyokong keperluan Kumpulan Perniagaan Saidina (Saidina Group) dan sejajar dengan matlamat kami untuk membantu pelanggan agar sentiasa berjaya.